Search

Pada hari ini tahun lepas, kebanyakan daripada kam...

  • Share this:

Pada hari ini tahun lepas, kebanyakan daripada kami memakai pakaian berwarna biru (gambar 1) sebagai tanda solidariti dalam menyokong Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun. Tak ramai yang mengetahui tentang autisme ini. Jika ada, umum mengetahuinya hanya sebagai ‘masalah pembelajaran’ atau ‘ketidakupayaan’ sahaja.
.
Autisme, atau autism spectrum disorder (ASD), merujuk kepada lingkungan ciri-ciri yang dikategorikan dalam kesukaran dengan kemahiran sosial, tingkah laku berulang (repetitive behaviors), percakapan dan komunikasi non-verbal.
.
Secara umum, autisme bukan hanya mempunyai satu jenis akan tetapi terbahagi kepada beberapa pecahan yang dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran. Oleh kerana autisme adalah gangguan spektrum (spectrum disorder), setiap orang yang mempunyai autisme mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza. Cara-cara mereka belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah boleh berada dalam lingkungan berkemahiran atau sebaliknya. Sesetengah individu dengan ASD mungkin memerlukan lebih banyak sokongan dalam kehidupan seharian, manakala yang lain mungkin tidak memerlukan sokongan yang banyak seperti golongan pertama. Dalam beberapa kes tertentu, mereka boleh hidup secara bebas sepenuhnya.
.
Beberapa faktor boleh mempengaruhi perkembangan autisme, dan selalunya disebabkan oleh kepekaan deria (sensory sensitivities) dan masalah perubatan seperti gangguan gastrointestinal (GI), kejang atau gangguan tidur, serta masalah kesihatan mental seperti masalah kerisauan (anxiety), tekanan dan isu perhatian (attention issue).
.
Tanda-tanda autisme biasanya akan kelihatan pada usia 2 atau 3 tahun. Beberapa kelewatan dalam perkembangan berkaitan boleh muncul lebih awal dan dapat dikesan seawal 18 bulan. Kajian menunjukkan bahawa pencegahan awal membawa kepada hasil positif dalam kehidupan orang dengan autisme.
.
Sambung di ruangan komen


Tags:

About author
not provided
Facilitator | Speaker | SY Trainers 3.0 | Freelancer | Emcee | PM for enquiries
View all posts